Thursday, October 29, 2009

Pre- 99 HTN (Hari ke 3)

Breakfast:

7.30 - 3 keping roti dicicah dengan kuah tom yam ayam malam tadi punya...
- Tom yam ayam satu mangkuk kecik... (tapi penuh tak hinggat mangkuk tu....)

9.00 - satu cawan polistrine bubur kacang (kawan satu office bagi.dah bagi, makan jelah)
- secawan air milo ( 3 sudu )

skrg baru 9.30am. Perut dah lapar dah ni.. hahahaha..camno ngan diet makcik utk 99 hri ni???

Wednesday, October 28, 2009

Pre- 99 HTN (Hari ke 2)

Hari ni dah nak masuk hari ke 2 akak cuba untuk tidak makan nasi.. Semalam dengan jayanya tapi makan banyak kalilah...sebab lapar...Petang balik kerja je, perut masuk angin.. Tapi takpe...kena berusaha untuk membiasakan diri dengan cabaran nanti. Tak turun banyak pun takpe, yang penting sihat dan takde lebihan-lebihan lemak di pipi,punggung, perut, peha dan seumpama dengannya.....

Ok..untuk semalam, di bawah ni adalah makanan-makanan yang telah masuk di dalam perut... tp ada setengahnya belum dibuang.... so, berat tu still maintain lagi kot.. hihihi...


Breakfast:
Jemput-jemput ikan bilis (sebekas kecil - adalah dlm 10 ketul..hahahaha...bnyk jugak tu..cicah ngan sambal ikan bilis)
Air teh - gula 3 paket kecil sbb pahit sangat tehnya.. (bnyk tul gula...tidak sihat..)


Lunch:
Meehoon sup ayam
Karipap - 1 bj
Air suam


Minum petang:
2 biji karipap -balance yang tadi. Beli 5, bg kawan 2.
Air suam ( 1 tumbler sederhana)


Dinner:
1 mangkuk yong tau fu (beli kat kedai depan rumah tu jek).

So,kesimpulannya...makanan smlm tak tau lah banyak yang berkhasiat atau tidak... Main tibai jek asal tak makan nasi.. Tapi minyak, gula...semua tibai...hahahaha



Hari ke 2 (hari nilah)

Breakfast:
1 bekas yong tau fu (balance smlm). Nak kata bekas kecik tak kecik, besar tak besar....
Air milo tanpa gula dan krimer tp milonya...3 sudu... adoiii.....

Lunch:
Tak tau lagi ..sbb skrg pun br pukul 9... Bos kata nak belanja. Dah katanya belanja..kenalah tibai yang best2... Tunggulah keputusannya nanti... :) (Semua tak jadi..Cancel last minute sbb kawan yang nak pergi sekali tu takde...so, cancel).

G ke MMU, pekena Mee Jawa..wpun makcik ni ada keturunan Jawa, tapi sepatah hape perkataan jawa makcik tak tau.. tapi yg pasti mee jawa makcik tu mmg sedap.... !!!. Nak cari mee hoon tapi tak dapat.... semua hbs...so, tibai jelah mee kuning pun....

Hi-tea:
Minum air suam - adalah dalam 4 gelas je kot...(selang-seli..bukan sekali rap jek)


Dinner:
G ke pasaraya Billion dulu di Bangi. Ingat nak beli timbang digital tu. Harga 69.90 tapi cam dah tak elok je sbb terbuka-bukaBeli roti yang nam posen tu,nak bagi anak. Kita pulak yang tibai... Singgah beli tomyam dengan sayur kailan sbb abah ada kt rumah. Makcik tak masak tp makcik kena sediakan makanan untk diaorang,kan...

2 cawan besar air soya.
pukul 12 tgh mlm, bangun cr makanan. Hahahaha... Makcik habskan sayur kailan tu dan semangkuk tom yam...

So, untuk dinner & supper:

Roti nam posen ( suku)
1 mangkuk sayur kailan
1 mangkuk tomyam

Cmna lah nak ada penurunan ni.. waktu mkn pun x proper lagi... :)

Berat yang terkini, nanti makcik reveal waktu 1st Nov nanti ek... :)

Tuesday, October 27, 2009

99 HTN

Tanpa nasi untuk 99 hari????

Diharap dengan adanya pertandingan seperti ini, Lia dapat mendisplinkan diri untuk mengurangkan berat badan dr dulu lagi.. Dari anak yang pertama tak pernah nak turunnya sejak anak dah 3..hahaha....

Ok Miam Mor...doakan dinda ek... Kali ni mesti menjadi punya plan 6 tahun lepas....plan nak kuruskan badan...


***Diambil dr blog Zel.. Pertandingan 99 HTN..***


99 HARI TANPA NASI

Amacam ?!!!

Sudah ramai mau join..
Ok bagi sapa-sapa yang nak join...
Kempen ini akan bermula pada 1 November 2009..
Dan akan tamat pada pada HARIJADI saya yg ke-31
Iaitu pada 7 February 2010..

Tu yang jadi 99 hari tu.. kalau 100 hari ia akan tamat pada 8/2/10

Oleh itu.. sebelum 1 Nov.. sila siap sediakan diri anda..
Bukan suh MAKAN SEBANYAK MANA SEMPAT taw...

Mana yg makan nasi 3 kali sehari tu..
Slowly kurangkan ke 2 kali.. then 1 kali...
Supaya badan anda tidak mengalami renjatan bila tiba2 tak makan nasi..


Syarat-syarat

1- Sila ambil gambar berat & gambar diri sendiri pada 1 November. Ikut suka nak publish kat blog boleh.. takmo pun takpe..

2- Kemudian track berat & ukuran badan anda sendiri.. ikut laa bila2 suka.

3- Jika anda makan nasi dalam masa tersebut..

SILA RASA BERDOSA
PADA DIRI SENDIRI
.


4- Kalau boleh.. snap gambor nasi yg anda makan, dan publish dalam blog... geng-geng lain boleh bagi kritikan pedas supaya anda lebih rasa berdosa..

5- Hari ke 99... WAJIB snap gambor berat & gambor anda terkini..

6- Emelkan pada spiderx_woman79@yahoo.com gambar-gambar hari 1 dan hari 99 berserta dengan loss weight percentage.

Kira ni senang keje ler... kome catat sendiri-sendiri je..
Nak wat 2 kali timbang je pun boleh..
Nak timbang tiap2 hari pun boleh..
Yang penting ada berat hari pertama serta hari terakhir..


PEMENANG !!!!!

Anda akan diberikan
BAUCAR PERCUMA BERNILAI RM99.99

oleh
BROOCHBIZZ..
Anda boleh pilih sebarang brooch/gelang/cincing/butang baju di broochbizz
dan saya akan pos kepada anda secara PERCUMA !!!


Banyak tu wei... Boleh taja seluruh keluarga punya brooch untuk raya 2010.

Kalau aku yang menang.. hangpa gigit jari jelah.. :)) kondipeeeeennnn

Sapa-sapa lagi yg nak taja hadiah.. leh cakap kat aku..
Lagi banyak hadiah lagi bestkan..
Apa-apa jelah yg korang rasa boleh menaikkan semangat peserta...
Bagi kek ke.. baucar makan2 ke.. bagi tudung ke...
Bagi duit ke.. bagi baju ke..


p/s : YANG BERMINAT SILA TINGGAL NAMA & ALAMAT BLOG ANDA DI RUANGAN KOMEN.

Monday, October 26, 2009

semangat..semangat...
rumah satu lagi...nnatilah update :)