Wow....5 hari tak update menu. Semua terlajak sbb husband takde kat rumah dan broadband pun dia bw jugak outstation.. Dah tu balik kg, lagilah tumpuan diberikan kepada percutian semata-mata...
Ok, hari ke 47 (Khamis) :
BF: Roti + milo O
Dinner: Mee hoon sup ayam
Hari ke 48(Jumaat) : Bertolak balik ke kg pada pukul 6.45am.
BF: Roti bun 2 ketul + air oren
Lunch :Lauk -pauk (ikan bawal masak sos thai + sayur kangkung belacan)
Dinner : Lauk-pauk (sama seperti di atas)
Hari ke 49 (Sabtu) :
Hari yang amat mencabar ketabahan diri. Kenduri kawen di rumah kakak ipar.
Bf: Sandwich tuna ( 2 keping) + air milo
Lunch :Nasi amik jugak , tapi suapkan anak. Kita makan lauk-pauk jek.. Sedap...
Paceri nenas
Acar buah
Ayam masak merah kot..
Daging lombu.....
Dinner: Punyalah banyak lauk.Ratah smpai kekenyangan betul...Alhamdulillah...
Sayur chap chai
Kerabu magga
Udang masak sambal petai
Sotong goreng dengan sayur kacang..
Hari ke 50 (Ahad) : 20 Disember 2009
Bf:Mee goreng, roti cicah daging lembu kenduri smlm.
Balik ke KL semula tapi akak dah siap bekalkan bekalan nak makan tengahari nanti.
Lunch : Ratah lauk-pauk.Kerabu mangga , sayur chap chai dan ayam goreng seketul..
Dinner : Masak rendang ayam , ikan bakar dan nasi putih. Lia ratah ayam seketul jek. Ingat nakam makan lagi tapi dah kepenatan sgt terus tertidur....
Hari ke 51 (Isnin) - Hari untuk bekerja semula.
Bf: Roti bun coklat 2 ketul + air teh o lemon suam.
Lunch: 1 1/2 ekor ikan bakar +air asam
Husband datang n dating...Hehehehe..
Makan dengan husband di street Mall, Cyberjaya. Mmg marvelles betullah air asam dia... Nanti nak korek2 resipilah....
Dinner: Mee hoon goreng yang mmg tak pedas langsung.. Sbb masak utk budak2 jek.. Ntah2 bebudak ni pun dh muak.. hahahahaha....
Oklah...tu jelah yang ingat pun apa benda yg dimakan sepanjang 5 hari tu. Kalau tak ingat tu, bonuslah...wpun mmg mkn banyak... Tapi nasi mmg tak cuit lagi... Kalau terselit sebiji dua tu tak taulah ,kan.....
bwk sabo yek..kite pun mancangup nk sampai level ni...sama2 le kite mamajukan diri
ReplyDeletetulah Lina.. senam takde.. cuma sukat makan jk...tu pun trlajak jugak hehehe
ReplyDelete