Tuesday, October 27, 2009

99 HTN

Tanpa nasi untuk 99 hari????

Diharap dengan adanya pertandingan seperti ini, Lia dapat mendisplinkan diri untuk mengurangkan berat badan dr dulu lagi.. Dari anak yang pertama tak pernah nak turunnya sejak anak dah 3..hahaha....

Ok Miam Mor...doakan dinda ek... Kali ni mesti menjadi punya plan 6 tahun lepas....plan nak kuruskan badan...


***Diambil dr blog Zel.. Pertandingan 99 HTN..***


99 HARI TANPA NASI

Amacam ?!!!

Sudah ramai mau join..
Ok bagi sapa-sapa yang nak join...
Kempen ini akan bermula pada 1 November 2009..
Dan akan tamat pada pada HARIJADI saya yg ke-31
Iaitu pada 7 February 2010..

Tu yang jadi 99 hari tu.. kalau 100 hari ia akan tamat pada 8/2/10

Oleh itu.. sebelum 1 Nov.. sila siap sediakan diri anda..
Bukan suh MAKAN SEBANYAK MANA SEMPAT taw...

Mana yg makan nasi 3 kali sehari tu..
Slowly kurangkan ke 2 kali.. then 1 kali...
Supaya badan anda tidak mengalami renjatan bila tiba2 tak makan nasi..


Syarat-syarat

1- Sila ambil gambar berat & gambar diri sendiri pada 1 November. Ikut suka nak publish kat blog boleh.. takmo pun takpe..

2- Kemudian track berat & ukuran badan anda sendiri.. ikut laa bila2 suka.

3- Jika anda makan nasi dalam masa tersebut..

SILA RASA BERDOSA
PADA DIRI SENDIRI
.


4- Kalau boleh.. snap gambor nasi yg anda makan, dan publish dalam blog... geng-geng lain boleh bagi kritikan pedas supaya anda lebih rasa berdosa..

5- Hari ke 99... WAJIB snap gambor berat & gambor anda terkini..

6- Emelkan pada spiderx_woman79@yahoo.com gambar-gambar hari 1 dan hari 99 berserta dengan loss weight percentage.

Kira ni senang keje ler... kome catat sendiri-sendiri je..
Nak wat 2 kali timbang je pun boleh..
Nak timbang tiap2 hari pun boleh..
Yang penting ada berat hari pertama serta hari terakhir..


PEMENANG !!!!!

Anda akan diberikan
BAUCAR PERCUMA BERNILAI RM99.99

oleh
BROOCHBIZZ..
Anda boleh pilih sebarang brooch/gelang/cincing/butang baju di broochbizz
dan saya akan pos kepada anda secara PERCUMA !!!


Banyak tu wei... Boleh taja seluruh keluarga punya brooch untuk raya 2010.

Kalau aku yang menang.. hangpa gigit jari jelah.. :)) kondipeeeeennnn

Sapa-sapa lagi yg nak taja hadiah.. leh cakap kat aku..
Lagi banyak hadiah lagi bestkan..
Apa-apa jelah yg korang rasa boleh menaikkan semangat peserta...
Bagi kek ke.. baucar makan2 ke.. bagi tudung ke...
Bagi duit ke.. bagi baju ke..


p/s : YANG BERMINAT SILA TINGGAL NAMA & ALAMAT BLOG ANDA DI RUANGAN KOMEN.

2 comments:

  1. hye salam perkenalan..selamat bercontest ye.. 99hari tanpa nasi :)

    ReplyDelete
  2. hai farra..thanks... farra jugak yekkk....

    ReplyDelete