Monday, November 30, 2009

Hari Raya Aidil Adha- 27 November 2009 (Hari ke 27 , 99 HTN)

Smlm Lia keje tapi dapat balik awal. Dalam pukul 4 gitu. Husband awal2 dah suruh balik awal sebab budak2 dia yang jaga... Makcik minta cuti sbb dia pun nak balik beraya di Melaka.

Dalam kul 5.30 gitu, Lia sampai rumah. Tengok rumah takde ape2 pun tak siap kemas lagi..Dengan budak2 yang terjerit2 sbb Lia dah balik. Aik...abang ni nak balik ke tak ni?

Biar jelah dulu... Pastu malam tu, dia keluar kejap. Ada appointment katanya.. ISh... jadi ke tak balik ni?

Last2 nak dipendekkan cerita, kami tak jadi balik ke mana-mana sbb husband kata jalan jammed teruk... So, pagi raya tu kami makan...roti di sapu dengan peanut butter sahaja...sbb brg2 takde ape kat rumah... Mak dengar pun kesian kat kami.... hehehe...

Husband suruh siap2 pastu g rumah makcik yang ade kat Bangi tu jugak.. So,kitaorang langkah kananlah jugak.. Diaorang hidang nasi himpit dan lauk-pauk... Nak cover punya pasal, Lia yang suap anak2 Lia... Yang 6 tahun tu pun , Lia yang suapkan.... Nak cover yang kita tak makan nasi2 tu, amik lauk jek...Budak2 tu yang habiskan nasi2 tu....

Malam tu pulak, husband ajak g rumah makcik dia di Wangsa Maju.. Dia masak dinner lak.... Nasi putih dan lauk2.. Still guna taktik yang sama... Budak2 ni pulak dah sekerat jalan kata dah kenyang.. Nasi bnyk lagi kat pinggan tu... cmna nak buat?? Paksa jugak...Siap ugut lagi...kalau tak nak makan, Ummi tak nak belikan mainan...hahahah... kejam betul tp nak cover punya pasal, terpaksa.. Husband dah gelak2....Dia mmg tak nak bertanggungjawab... Ingat nak pass je kat pinggan dia, tapi makcik pun mkn sekali... Takkanlah.....

So, paksa punya paksa budak2 ni jugak yang menghabiskan... Fuh...berjaya.... :)

No comments:

Post a Comment